Click here for Myspace Layouts

Asal Mula Kita

Minggu, 01 Mei 2011

Teori Darwin tentu semua tahu; apatah pelajar Biologi ?
Kita dikata berasal dari monyet. Kita juga tahu itu polisi mengarut. Teori busuk yang disebarluaskan demi menjaga kepentingan. Tapi mungkin ramai terlepas pandang; Darwin ada agenda sendiri mahu memusnahkan manusia yang dikatakan bawahan. Cuba selidik sejarah awal pakar Biologi amatur ini tentang manusia dr monyet.


1) Darwin percaya satu hari akan terjadi kebuluran yg genting di kalangan manusia. Jadi perlu mencari inisiatif memusnahkan golongan yang tidak perlu di muka bumi.


2) Pandangan Darwin disebarluas dari England sampai seluruh Barat. Programmenghancurkan orang miskingiat diperluas.

3) Golongan miskin inilah dikatakan berasal dari beruk! (Orang-orang Asia dan Afrika)...Orang-orang Eropah kulit putih dikatakan bangsa pilihan, dan dikatakan akan menang dalam perjuangan utk hidup.

4) Darwin melihat orang-orang aborigin Australia dan Negro sebagai sama taraf dengan gorilla dan perlu dilenyapkan secara keganasan.

5) Hasil buruk laku Darwin; kepala-kepala Aborigin dipaku di stesen2, orang-orang asli Australia diberi roti beracun, dan otak-otak mereka dijual dengan harga tinggi. Berpuluh-puluh kepala dididihkan dan dieksport ke luar negara.

6) Anak-anak aborigin yg berkulit putih akan dijadikan anak angkat, yg hitam diseksa sehingga mati.

7) Paling terkesan; sejarah Ota Benga (seorang pigmi Afrika) yg dimasukkan ke dalam sangkar bersama sang beruk dan dipamerkan di zoo New York bersama gorilla dan cimpanzee. Dia dikatakan "rantai paling hampir kepada manusia". Dan pengikut teori Darwin mendabik dada bangga menayang pada orang ramai rantai manusia dr spesies beruk!

8) Darwin juga menunjukkan kebencian yg meluat terhadap bangsa Turki.


Maka, beruk-beruk dan monyet-monyet itu sendiri menepuk dahi bila Darwin dan konco-konconya mengatakan kita adalah susur galur dari nenek moyang mereka!


Bukankah Darwin dan konco-konconya itu sendiri adalah 'beruk dan monyet'?
Bukankah???
Itu antara bahaya perluasan fakta Darwin. Kalau mahu; cari buku ini "Hati Kanggaroo di Kota Melbourne"

0 komentar:

Posting Komentar

Putri-Swasti. Diberdayakan oleh Blogger.